Wednesday 6 February 2013

Cara Mengambil Wudhu'

Cara Melakukan Wudhu’

Tatacara berwudhu’ adalah bersamaan dengan Rukun Wudhu’.



Rukun-rukun wudhu'

Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN, BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG
Membersih Kedua-Dua Tangan


Berkumur-kumur dan Menyedut Air Ke Hidung

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-


Lafaznya: "Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala"

Ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.


2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali. DISERTAKAN DENGAN NIAT.



3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.




4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.


5. Menyapu Kedua-dua belah telinga hingga rata


6. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.


7. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Doa Sesudah BerWudhu'.

Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca :


Maksudnya:"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah Yang Esa, Tiada Sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba Allah dan pesururuhNya. Ya Allah jadikanlah aku ini dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku ini dari golongan orang-orang yang bersuci"


No comments:

Post a Comment

Salam Ukhwah, Bersama Kita Berkongsi ilmu Dan Pendapat, Semoga Iman Kita Semakin Teguh, Silaturrahim Tidak Akan Rapuh